Now aku dah 4th year. Yeay! Dah 4 tahun mengharungi hidup sebagai medical student. Susah dan senang, pahit dan getir. Air mata melimpah ruah. Hahaha. I have to admit, medic mmg sumpah susah. Tapi semua course pun susah kan. Memandangkan aku xpenah amik course lain, aku pun xtahu.hehehe :p
Hari ini aku nak cerita pasal lawatan. Pagi tadi kami semua(aku dan group aku) telah pergi ke sebuah sekolah di Penang di mana ada kelas untuk budak-budak yang cacat penglihatan. Setibanya kami di sana, memang kami telah disambut baik oleh cikgu-cikgu disitu. Salah seorang cikgu dia cacat penglihatan, tapi beliau mengelilingi kelas seperti beliau nampak. Memang mengagumkan. Pelajar-pelajar kat situ memang terbaik! Diorang sume layan kitorang baik-baik. Kami kena interview diorang pasal macam mana diorang menangani masalah cacat penglihatan diorang. Lepas tu semua orang kena buat esei "Dealing/coping with blindness" .
Waktu interview tu, first2 macam segan lah jugak, tapi budak2 ni memang sporting habis. Die jawab semua pertanyaan kitorang. Siap ada yang buat2 lawak bagai. Haha. Kitorang mintak diorang ajar Braille pun diorang layan je. Best sangat! Lagi menambahkan kekaguman aku adalah diorang siap ada facebook. Jangan memain. It turns out that they have a special computer with voice. So kalau diorang nak main komputer memang senang. Ada jugak yang ada handphone. Diorang akan guna handphone yang ada built in voice jugak. Big credits to iphone of course sebab lecturer die kata tulah hp yang paling mudah bagi diorang.
Kekaguman aku tak habis di situ sahaja. Diorang jugak pandai mengaji. Ada Al-Quran dlm Braille dan ada sorang pelajar ni bercita-cita nak jadi ustazah. Bagusnya adik ni. Akak doakan impian tercapai! Amin! Diorang pun boleh bersukan macam kita. Diorang akan masuk acara lari berpasangan dan ada jugak yang boleh main boling. Tiptop betul!
Waktu kitorang nak balik, macam sedih sikit sebab rasa macam dah kenal diorang ni lama. Lepas bergambar-gambar, kami pun bersalam-salaman dan pulang menaiki van universiti. Sebelum balik sempat lagi singgah makan nasi kandar. Kitorang siap boleh pegi beli Dream Catcher kat kedai kraftangan. Saja nak halau bad dreams kononnya. Ala2 Twilight gitu. Tapi bukan kitorang percaya pun. Sebab benda tu comel, jadi ktrg belilah. Hehe.
Lawatan ni memang pengalaman yang menarik bagi aku. Hopefully ada lagi peluang macam ni. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment